Environmental Management Society (EMS) Malaysia
LATARBELAKANG EMS MALAYSIA
SEJARAH MESYUARAT PENUBUHAN
Pada 02hb. April 2002 telah diadakan Mesyuarat Penubuhan Persatuan Pengurusan Persekitaran Malaysia di Bilik Kuliah Program Pengurusan Persekitaran, Pusat Pengajian Siswazah pada jam 9.00 pagi. Sejumlah 48 orang telah hadir dan bersetuju untuk menubuhkan Persatuan Pengurusan Persekitaran Malaysia (Environmental Management Society (EMS) of Malaysia), meluluskan Undang-Undang Bagi Persatuan Pengurusan Persekitaran Malaysia (Environmental Management Society (EMS) of Malaysia) serta memilih Ahli Jawatankuasa Penaja seperti berikut:-
Prof. Dr. Jamaluddin Md. Jahi
Yang Dipertua |
Prof. Madya Dr. Abdul Rahim Md. Nor
Naib Yang Dipertua |
Encik Muhammad Rizal Razman
Setiausaha |
Encik Azahan Awang
Penolong Setiausaha |
Encik Abdul Rahman Paweh
Bendahari |
Encik Fairus Muhamad Darus
Ahli Jawatankuasa |
Encik Hamidi Ismail
Ahli Jawatankuasa |
Dr. Kadir Arifin
Ahli Jawatankuasa |
Encik Seow Ta Wee
Ahli Jawatankuasa |
Encik Shaharudin Idrus
Ahli Jawatankuasa |
Puan Wahida Ayob
Ahli Jawatankuasa |
|
PENDAFTARAN PENUBUHAN
Pada 31hb. Mei 2002, Ahli Jawatankuasa Penaja telah memasukkan permohonan pendaftaran pertubuhan menerusi Pejabat Penolong Pendaftar Pertubuhan Selangor di Wisma MBSA, Shah Alam. Hanya pada 08hb. Julai 2003 Pendaftar Pertubuhan Malaysia telah meluluskan pendaftaran pertubuhan mengikut seksyen 7 Akta Pertubuhan, 1966 dan nombor pendaftaran pertubuhan Persatuan Pengurusan Persekitaran Malaysia (Environmental Management Society (EMS) of Malaysia) ialah 1099.
TUJUAN PERTUBUHAN
Berdasarkan Fasal 3(1) Undang-Undang Bagi Persatuan Pengurusan Persekitaran Malaysia (Environmental Management Society (EMS) of Malaysia) tujuan Pertubuhan adalah seperti berikut:-
-
Adalah untuk mempertingkatkan pengetahuan masyarakat di dalam pengurusan persekitaran.
-
Adalah untuk membantu pihak-pihak penggubal dasar di dalam aspek-aspek pengurusan persekitaran.
-
Adalah merupakan tapak untuk membincangkan isu-isu berkaitan persekitaran dan cara yang paling baik untuk menguruskannya.
MATLAMAT PERTUBUHAN
Berdasarkan Fasal 3(2) Undang-Undang Bagi Persatuan Pengurusan Persekitaran Malaysia (Environmental Management Society (EMS) of Malaysia) matlamat Pertubuhan adalah seperti berikut:-
-
Adalah untuk melahirkan masyarakat yang peka terhadap kepentingan hal-hal persekitaran dan cara menguruskan persekitaran.
-
Adalah untuk melahirkan penggubal-penggubal dasar yang berpengetahuan di dalam hal-hal persekitaran dan pengurusannya.
-
Adalah untuk menghasilkan penerbitan maklumat yang tepat berkaitan dengan isu-isu persekitaran dan cara yang paling baik untuk menguruskannya.
AKTIVITI UTAMA PERTUBUHAN
Aktiviti-aktiviti utama ini adalah sejajar dengan tujuan serta matlamat Pertubuhan Persatuan Pengurusan Persekitaran Malaysia (Environmental Management Society (EMS) of Malaysia) yang termaktub di dalam Fasal 3 Undang-Undang Bagi Persatuan Pengurusan Persekitaran Malaysia (Environmental Management Society (EMS) of Malaysia). Aktiviti-aktiviti ini telah diluluskan melalui Resolusi Jawatankuasa 13 – Bil 1/2003. Aktiviti-aktiviti yang berkenaan adalah:
-
Penerbitan bersama “Malaysian Journal of Environmental Management” dengan Program Pengurusan Persekitaran, Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia akan dimulakan untuk tahun 2004. Kesemua ahli Pertubuhan Persatuan Pengurusan Persekitaran Malaysia (Environmental Management Society (EMS) of Malaysia) akan diberi langganan percuma.
- Mempelopori isu-isu semasa yang berkaitan dengan pengurusan persekitaran di Malaysia.
- Mengadakan aktiviti-aktiviti pendidikan dan kesedaran alam sekitar di peringkat sekolah dan universiti.
PENUBUHAN JAWATANKUASA KECIL
Jawatankuasa melalui Resolusi Jawatankuasa 14 Bil 1/2003 telah meluluskan penubuhan Jawatankuasa Kecil berikut bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti yang diluluskan di dalam Resolusi Jawatankuasa 13 Bil 1/2003 dan selaras dengan Fasal 8 (10) Undang-Undang Bagi Persatuan Pengurusan Persekitaran Malaysia (Environmental Management Society (EMS) of Malaysia). Jawatankuasa Kecil yang berkenaan adalah seperti berikut:
- Jawatankuasa Kecil Seminar dan Persidangan
- Jawatankuasa Kecil Publisiti dan Promosi
- Jawatankuasa Kecil Pendidikan
- Jawatankuasa Kecil Penerbitan
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERTUBUHAN 2004/2005
Prof. Dr. Jamaluddin Md. Jahi
Yang Dipertua |
Prof. Madya Dr. Abdul Rahim Md. Nor
Naib Yang Dipertua |
Encik Muhammad Rizal Razman
Setiausaha |
Encik Azahan Awang
Penolong Setiausaha |
Encik Abdul Rahman Paweh
Bendahari |
Encik Fairus Muhamad Darus
Ahli Jawatankuasa |
Dr. Kadir Arifin
Ahli Jawatankuasa |
Encik Shaharudin Idrus
Ahli Jawatankuasa |
Puan Jamaliah Ahmad
Ahli Jawatankuasa |
Encik Mohd Zaki Ibrahim
Ahli Jawatankuasa |
Cik Norsham Abdul Latip
Ahli Jawatankuasa |
|
SENARAI PEMERIKSA KIRA-KIRA PERTUBUHAN 2004/2005
1. Encik Kadaruddin Aiyub
2. Puan Haryati Shafii
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERTUBUHAN 2005/2006
Prof. Dr. Jamaluddin Md. Jahi
Yang Dipertua |
Prof. Madya Dr. Abdul Rahim Md. Nor
Naib Yang Dipertua |
Encik Muhammad Rizal Razman
Setiausaha |
Encik Azahan Awang
Penolong Setiausaha |
Encik Abdul Rahman Paweh
Bendahari |
Encik Fairus Muhamad Darus
Ahli Jawatankuasa |
Dr. Kadir Arifin
Ahli Jawatankuasa |
Encik Shaharudin Idrus
Ahli Jawatankuasa |
Encik Abdul Hadi Harman Shah
Ahli Jawatankuasa |
Encik Ishak Baba
Ahli Jawatankuasa |
Encik Tang Beng Hoe
Ahli Jawatankuasa |
|
SENARAI PEMERIKSA KIRA-KIRA PERTUBUHAN 2005/2006
1. Encik Kadaruddin Aiyub
2. Puan Haryati Shafii
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERTUBUHAN 2006/2007
Prof. Dr. Jamaluddin Md. Jahi
Yang Dipertua |
Prof. Madya Dr. Abdul Rahim Md. Nor
Naib Yang Dipertua |
Encik Muhammad Rizal Razman
Setiausaha |
Dr. Azahan Awang
Penolong Setiausaha |
Encik Abdul Rahman Paweh
Bendahari |
Encik Fairus Muhamad Darus
Ahli Jawatankuasa |
Dr. Kadir Arifin
Ahli Jawatankuasa |
Encik Shaharudin Idrus
Ahli Jawatankuasa |
Prof Madya Abdul Hadi Harman Shah
Ahli Jawatankuasa |
Encik Ishak Baba
Ahli Jawatankuasa |
Encik Rosman Iteng
Ahli Jawatankuasa |
|
1. Encik Kadaruddin Aiyub
2. Dr. Haryati Shafii